Wednesday 8 May 2013

TIPS MENJAGA TUDUNG BER AWNING

Hari ini admin nak kongsikan bersama tips bagaimana hendak menjaga tudung awning... ini adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan admin sendiri ya..




1) cuci tudung menggunakan pelembut fabrik (softner), shampoo atau sabun mandi..elakkan dari menggunakan detergen..jika ada kotoran dibeberapa tempat, hanya cuci dikawasan tersebut menggunakan sabun mandi

2)sekiranya ada budget,digalakkan menggunakan khidmat dry clean terutama yang ada batu atau lace

3)jangan gonyoh/sental tudung terlalu kuat kerana dikhuatiri akan merosakkan fabrik



4) Jangan sesekali membasuh tudung awning ini menggunakan mesin basuh kerana ia akan merosakkan awning

5) ada beberapa jenis awning yang akan lembik apabila kerap di basuh. Oleh itu jangan rendam terlalu lama atau gosok sewaktu ia lembab ya

6) Jemur di tempat yang berangin. Angkat apabila kering dan jangan biarkan terlalu lama di bawah sinar matahari

7) Gosok menggunakan suhu yang sederhana. Berhati-hati dengan seterika yang terlalu panas kerana ia mampu mencairkan material chiffon.

 8) sidai dengan menggunakan penyepit atau hanger khas.Jangan biarkan awning terkepak (terbuka) terlalu lama.seeloknya sidai dalam keadaan 2 sisi bawah awning bercantuman




 9)untuk travelling purpose (nak bawa g jauh),kalau tidak mahu menggunakan hanger khas,anda boleh menggulungkannya (dengan cara memasukkan keseluruhan tudung ke dalam awning

. Okey..itu saja yang tips yang admin tahu..mungkin ada lagi tips boleh dikongsikan di sini...


Feel free to share ye..

 Love,
Admin Butik Sayangku.....




No comments:

Post a Comment